Yang tidak diduga

Assalamualaikum w.b.t

Yang tidak diduga itu ialah apabila ia datang secara tiba-tiba. Tanpa dirancang, tiada persediaan.

Apa yang cuba dimaksudkan ialah kebahagiaan yang datang dari seekor kucing hinggalah ke berekor-ekor kucing. Seriously, hidup saya akan jadi tanpa makna tanpa anak-anak bulus di rumah. Jadi, saya nak memperkenalkan anak-anak bulus pada anda semua, 
baik si pemikat hati hinggalah si penyepah rumah :)

 Cloudy, mula-mula datang rumah saje-saje mintak makanan. Kebetulan bunting, memang rezeki dialah bertandang kat sini. Terus beranak kat rumah, then sampai sekarang masih datang melepak di sini. 

 Altra & Ino (anak Cloudy)
Chleo (Abang Altra & Ino)
 Ruhig (German = tenang) Jumpa waktu pulang dari berjogging dalam keaadan sedang mencarik-carik sampah mencari sesuap rezeki. Ecehh.
Ejoy. Jumpa di kedai makan. Dok gesel-gesel mintak makan, rasa sayu then terus bawa balik rumah. Kutunya jangan cakaplah, Masya ALLAH tak terkira.

 Onii. The strongest cat I ever met. Dia sakit, kuat semangat, kuat berjuang untuk hidup. Nampak dia sakit, tahu dia sakit. Tapi tak mampu nak menanggung sama. Maaf sayang. Moga Onii sayang tenang di sana :')

Currently 6 ekor kucing di rumah dah cukup buat keadaan huru hara. Tak dapat bayangkan macam mana ada insan yang mampu bela kucing hingga mencecah 30 ekor++. Memang tabik sungguh dengan mereka-mereka ni. Moga ALLAH hadiahkan rezeki berlipat kali ganda buat insan-insan yang pemurah nih :)

Buat yang baru mahu berjinak-jinak dengan dunia kucing ni, teruskan niat anda tuh. Jangan takut. Inshaa ALLAH rezeki kita akan diperluaskan lagi. As for me, bila terbukanya satu pintu sedekah dalam diri, maka akan tertutup satu pintu nafsu sendiri. Kita akan kurang buang duit pada benda-benda merepek. Duit yang melabur pada kucing-kucing pun kita akan rasa tak rugi, sebab kita tahu. Kita bersedekah. Insaa ALLAH rezeki yang kita perolehi dapat dikongsi dengan makhluk yang lain.

Rezeki kita, bukan apa yang ada pada kita. Tapi apa yang dikongsi dengan yang lain.
Wallahualam

Moga ALLAH redha.

Nota kaki: Tiada yang salah akan perkara yang baik, inshaa ALLAH.