Rumah sewa :)

Assalamualaikum w.b.t

Dua tiga menjak ni, hati berkobar-kobar nak duduk rumah kampung. Penat dan rimas terkurung dalam bilik yang tiada tingkap dan tiada rumput menghiasi setiap penjuru laman. Inshaa ALLAH bulan 12 ni nak belajar duduk sendiri dan kalau boleh nak cari housemate sekali. 

Jadi, saya dengan suka citanya nak iklankan rumah sewa 
di BT2 Port Dickson, Negeri Sembilan. 
RM 150/month (tiada bahagi-bahagi tahu)

Ciri-ciri rumah:
  • Rumah kampung
  • Sangat tak mewah. 
  • Bilik cuma ada 2 sahaja.
Rumah ni asalnya milik moyang saudara, bila anak-anak dia tak mau lagi rumah tuh. 
Then, diorang decided nak let go rumah. Sayang. Sayang jika rumah yang penuh dengan kenangan dijual kepada si asing entah datang dari mana. Jadi Ummi dengan berbelah bahaginya ambil keputusan untuk beli rumah tuh. Niat asal nak buat homestay. Memandangkan kewangan yang agak limited, terpaksa KIV dahulu. Jadi, rumah agak terbiar lahh kan. 

Ini pertama kali saya nak belajar duduk sorang-sorang tanpa bantuan Ummi, moga-moga success lah kan. Nak duduk sendiri mesti nak cari housemate,
 duduk sorang tak mampu den nak bayar sewa haaa
(even ownernya mak sendiri, kena bayar jugak)
Berikut merupakan ciri-ciri housemate 'idaman', ecehhh. 

Ciri-ciri housemate 'idaman':
  • Perempuan
  • Tidak meringanan solat
  • Boleh kejut saya bangun Subuh tanpa jemu, hehe
  • Mampu tolak ansur
  • Tidak keluar hingga lewat malam
  • No dating in front of the house (this is annoying!)

By the way, saya ada bela kucing. Kucing dan Qilah berpisah tiada tahu. 
Jadi, kena banyak bersabar dengan kerenah anak-anak bulus nih.
(Nak bawa kucing sendiri tinggal sekali pun boleh)

:)


Nota kaki: Gambar inshaa ALLAH saya updet kemudian yer.


Kad Kahwin PD

Assalamualaikum w.b.t

Bila bincang tentang kahwin, persepsi Melayu kita,
"Takde soploh ribu toksah lah kau berangan nak kahwin"
Ehh ehh, tak boleh macam tuh.
 Bila kahwin jadi mahal, sebab tu zina jadi sangat sangat murah! 
Kalah jualan runtuh gituh. 

Tapi, ini bukan niat asal untuk post kali nih. 
Sebenarnya, bagi siapa-siapa yang berminat nak tempah kad kahwin yang agak murah tapi inshaa ALLAH ada kualitinya. Bolehlah tanpa segan dan silunya terus klik kadborongpd. 
Ada bau-bau promosi nih

Owner cawangan ni sebenarnya pakcik saya dan saya tanpa segan silunya iktirah diri sendiri designer(tak diiktiraf) untuk bisnes ni. Taadaaaaaaa. Haha
 Sambil menyelam minum air gituh lah.

Hidup berniaga biasalah kita turun naik turun naik, teringat masa awal-awal waktu pakcik & makcik saya mula ceburi bidang perniagaan ni. Asalnya Farsya Printing Ent., sekarang dah bernaung bawah syarikat Kad Borong. Kenalah tukar nama kan. 5 tahun pertama bukan tahun celebrate lah, ada jer dugaan. Customer tak ramai, designer pula 2 ke 3 orang mungkin. Ciput kan. 

Alhamdulillah, sekarang mungkin lebih teratur. Perniagaan mana yang tak ditimpa ujian? Semuanya akan ditimpa ujian, ada yang ditimpa dan ditimpa dan ditimpa seterusnya tertimpa-timpalah mereka. Sadis. 

Tapi, yang penting. Jauhkan sifat putus asa dalam diri. Buang jauh-jauh. Jangan difikirkan langsung, sekali terlintas di fikirkan, terlekat di hati. Paghok tuh.

Makanya, usaha kuat-kuat. Pastikan ada matlamat di hadapan sana. Kalau asyik berlari tapi tiada garisan penamat, penat juga tuh. Mahu pancit kau nanti.

Jadi, ini sedikit contoh yang pernah saya olah sedikit dari design asal. 


Tiket Bola (Walau tak nampak langsung ketiketan kebolaannya)
 Ini saya cuba design sendiri, alhamdulillah customer puas hati. Tak banyak songeh langsung. Seronok.


 Yang ini pun simple juga, tak banyak benda nak diolah pun. Cuma peta lah pening sedikit.


Warna pink kad ni comel sangat. Redup mata menelaah kad.

Berkenan? Cepat-cepat lah klik kadborongpd . Banyak lagi designs dalam tu yang anda boleh rujukInshaa ALLAH kami akan usaha kuat-kuat dan bagi perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Selagi mana yang kami mampu buat, kami cuba buat. 

Sama-sama kita membantu antara satu sama lain :)


Nota kaki: Semangat berbisnes dah mula membuak-buak dalam diri nih. Moga ALLAH buka jalan buat kita semua :)




Gugur.

Assalamualaikum w.b.t

Huiiissshhh, lama dah tak ber'blogging' nihh. Beku sekejap memikirkan nak menulis tentang apa. Alhamdulillah, ada jua kekuatan dan idea nak mulakan semula hidup ber'blogging'. 

Nawaitunya, ingin berkongsi perkara bermanfaat. Inshaa ALLAH :) 
Moga-moga bermanfaat perkongsian daripada saya yer. 

Hilang seri sebatang pokok kerana tanpa daun-daun melitupi dahan, begitu juga manusia yang hidup tanpa amal solehnya .

Nota kaki: Jiwa ingin menulis asalnya masih tertanam rapi dalam diri. Cuma beraninya baru sampai untuk diajar berkongsi bersama. Moga tak kekok.