Assalamualaikum w.b.t
Bila bincang tentang kahwin, persepsi Melayu kita,
"Takde soploh ribu toksah lah kau berangan nak kahwin"
Ehh ehh, tak boleh macam tuh.
Bila kahwin jadi mahal, sebab tu zina jadi sangat sangat murah!
Kalah jualan runtuh gituh.
Tapi, ini bukan niat asal untuk post kali nih.
Sebenarnya, bagi siapa-siapa yang berminat nak tempah kad kahwin yang agak murah tapi inshaa ALLAH ada kualitinya. Bolehlah tanpa segan dan silunya terus klik kadborongpd.
Ada bau-bau promosi nih
Ada bau-bau promosi nih
Owner cawangan ni sebenarnya pakcik saya dan saya tanpa segan silunya iktirah diri sendiri designer(tak diiktiraf) untuk bisnes ni. Taadaaaaaaa. Haha
Sambil menyelam minum air gituh lah.
Hidup berniaga biasalah kita turun naik turun naik, teringat masa awal-awal waktu pakcik & makcik saya mula ceburi bidang perniagaan ni. Asalnya Farsya Printing Ent., sekarang dah bernaung bawah syarikat Kad Borong. Kenalah tukar nama kan. 5 tahun pertama bukan tahun celebrate lah, ada jer dugaan. Customer tak ramai, designer pula 2 ke 3 orang mungkin. Ciput kan.
Alhamdulillah, sekarang mungkin lebih teratur. Perniagaan mana yang tak ditimpa ujian? Semuanya akan ditimpa ujian, ada yang ditimpa dan ditimpa dan ditimpa seterusnya tertimpa-timpalah mereka. Sadis.

Tapi, yang penting. Jauhkan sifat putus asa dalam diri. Buang jauh-jauh. Jangan difikirkan langsung, sekali terlintas di fikirkan, terlekat di hati. Paghok tuh.
Makanya, usaha kuat-kuat. Pastikan ada matlamat di hadapan sana. Kalau asyik berlari tapi tiada garisan penamat, penat juga tuh. Mahu pancit kau nanti.
Jadi, ini sedikit contoh yang pernah saya olah sedikit dari design asal.
Tiket Bola (Walau tak nampak langsung ketiketan kebolaannya)
Ini saya cuba design sendiri, alhamdulillah customer puas hati. Tak banyak songeh langsung. Seronok.
Yang ini pun simple juga, tak banyak benda nak diolah pun. Cuma peta lah pening sedikit.

Warna pink kad ni comel sangat. Redup mata menelaah kad.
Berkenan? Cepat-cepat lah klik kadborongpd . Banyak lagi designs dalam tu yang anda boleh rujuk. Inshaa ALLAH kami akan usaha kuat-kuat dan bagi perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Selagi mana yang kami mampu buat, kami cuba buat.
Sama-sama kita membantu antara satu sama lain :)
Sama-sama kita membantu antara satu sama lain :)
Nota kaki: Semangat berbisnes dah mula membuak-buak dalam diri nih. Moga ALLAH buka jalan buat kita semua :)
No comments:
Post a Comment