Rumah sewa :)

Assalamualaikum w.b.t

Dua tiga menjak ni, hati berkobar-kobar nak duduk rumah kampung. Penat dan rimas terkurung dalam bilik yang tiada tingkap dan tiada rumput menghiasi setiap penjuru laman. Inshaa ALLAH bulan 12 ni nak belajar duduk sendiri dan kalau boleh nak cari housemate sekali. 

Jadi, saya dengan suka citanya nak iklankan rumah sewa 
di BT2 Port Dickson, Negeri Sembilan. 
RM 150/month (tiada bahagi-bahagi tahu)

Ciri-ciri rumah:
  • Rumah kampung
  • Sangat tak mewah. 
  • Bilik cuma ada 2 sahaja.
Rumah ni asalnya milik moyang saudara, bila anak-anak dia tak mau lagi rumah tuh. 
Then, diorang decided nak let go rumah. Sayang. Sayang jika rumah yang penuh dengan kenangan dijual kepada si asing entah datang dari mana. Jadi Ummi dengan berbelah bahaginya ambil keputusan untuk beli rumah tuh. Niat asal nak buat homestay. Memandangkan kewangan yang agak limited, terpaksa KIV dahulu. Jadi, rumah agak terbiar lahh kan. 

Ini pertama kali saya nak belajar duduk sorang-sorang tanpa bantuan Ummi, moga-moga success lah kan. Nak duduk sendiri mesti nak cari housemate,
 duduk sorang tak mampu den nak bayar sewa haaa
(even ownernya mak sendiri, kena bayar jugak)
Berikut merupakan ciri-ciri housemate 'idaman', ecehhh. 

Ciri-ciri housemate 'idaman':
  • Perempuan
  • Tidak meringanan solat
  • Boleh kejut saya bangun Subuh tanpa jemu, hehe
  • Mampu tolak ansur
  • Tidak keluar hingga lewat malam
  • No dating in front of the house (this is annoying!)

By the way, saya ada bela kucing. Kucing dan Qilah berpisah tiada tahu. 
Jadi, kena banyak bersabar dengan kerenah anak-anak bulus nih.
(Nak bawa kucing sendiri tinggal sekali pun boleh)

:)


Nota kaki: Gambar inshaa ALLAH saya updet kemudian yer.


No comments:

Post a Comment